Saturday, April 18, 2009

Nicol Ann David



Latar Belakang

Datuk Nicol Ann David (23 Ogos 1983) ialah seorang pemain skuasy Malaysia dan merupakan pemain skuasy wanita Nombor 1 dunia sekarang, dan juara (mulai 2005) "Terbuka British" dan "Kejohanan Dunia". Beliau ialah orang Asia pertama memenangi gelaran itu.
Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol ialah anak perempuan kepada Desmond David dan Ann Marie David. Ayahnya seorang jurutera manakala ibunya seorang guru. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl.
Nicol juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Nicol berlatih di Amsterdam, Belanda selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2000, dan mendapat 9A. Beliau juga menjuarai Kejohanan Skuasy Asia sebanyak lima kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006). Pada 4 Disember 2005, beliau menewaskan Rachael Grinham dari Australia untuk menjadi juara termuda yang memenangi Kejohanan Dunia.
Nicol memenangi Terbuka Dunia 2006 di Belfast mengalahkan Natalie Grinham dari Australia 1-9, 9-7, 3-9, 9-5, 9-2 dalam masa 95 minit. Pada hari sebelumnya Nicol telah mengalahkan Rachael Grinham dengan 9-7, 9-1, 9-1 dalam masa 46 minit.
Nicol menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti (D.B) di Malaysia sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2008.

Pencapaian Beliau

- Juara Terbuka Hong Kong 2006
- Juara Terbuka British 2006
- Cabaran Qatar Airways 2006
- Juara Terbuka Malaysia 2006
- Juara Terbuka Dunia 2006

No comments:

Post a Comment