Monday, March 23, 2009

Bidang Ekonomi Malaysia





Proton Malaysia

PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada
7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

  • Pemegang saham terdiri daripada:
    Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
    Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
    Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)


    Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:
  • Proton Arena
  • Proton Gen-2
  • Proton Iswara
  • Proton Juara
  • Proton Persona
  • Proton Perdana
  • Proton Pert
  • Proton Putra
  • Proton Saga
  • Proton Satria
  • Proton Savvy
  • Proton Tiara
  • Proton Waja
  • Proton Wira





Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.







Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur( Kuala Lumpur International Airport; KLIA) merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X. KLIA juga merupakan perhentian untuk "Laluan Kanggaru" bagi Malaysia Airlines. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).

Kod IATA untuk lapangan terbang ini, KUL sebenarnya diambil daripada lapangan terbang utama Malaysia yang terdahulu, Lapangan Terbang Subang.
Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.

KLIA juga telah dianugerahkan sebagai " THE BEST AIRPORT IN THE WORLD"

No comments:

Post a Comment