Monday, March 23, 2009

Bidang Politik Malaysia



Sejarah Barisan Nasional

Barisan Nasional merupakan salah sebuah parti politik pakatan yang paling berjaya di rantau ini. Sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957, parti ini telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara ini tanpa diganti.

Barisan Nasional mewarisi amanah kepercayaan serta tradisi yang dirintis oleh PERIKATAN, iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu bagi memperjuangkan agenda Kemerdekaan negara dari pihak British. Parti politik ini diterajui oleh Tunku Abdul Rahman Putra, bersama Tun Tan Cheng Lock serta Tun Sambanthan, dengan gabungan parti UMNO, MCA serta MIC.

Parti Perikatan, yang kemudiannya dikenali sebagai parti Barisan Nasional, adalah satu formula politik yang unik bagi Malaysia. Ianya adalah satu formula yang telah berjaya menyatukan penduduk yang berbilang agama, budaya serta bangsa, untuk mencipta sebuah negara yang gagah, berjaya dan berwawasan.
Dengan tertubuhnya parti Perikatan, kaum Melayu, Cina serta India telah mengenepikan kepentingan kaum semata-mata, bagi memperjuangkan sebuah matlamat yang dikongsi bersama – iaitu Kemerdekaan dari pihak British. Berikutan kejayaan di pilihanraya kecil pada tahun 1952, parti Perikatan telah terus mencapai kejayaan demi kejayaan dengan sokongan padu rakyat. Akhirnya, parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya Umum yang diadakan pada 27 Julai 1955.. Seterusnya, parti Perikatan meraih 72 daripada 104 buah kerusi yang dipertandingkan sewaktu Pilihanraya 1959. Begitu juga pada tahun1964, parti Perikatan telah memperkukuhkan lagi kejayaannya (89 daripada 104) dan seterusnya pada Pilihanraya Umum pada tahun 1969 (74 daripada 144 kerusi).


Matlamat unggul rakyat akhirnya tercapai pada malam 30 Ogos 1957, apabila bendera Union Jack akhirnya diturunkan, dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan buat pertama kali di Padang Kelab Selangor, sebagai symbol Kemerdekaan rakyat Malaya. Keesonkan harinya, lahirlah sebuah negara baru apabila Tunku Abdul Rahman melaungkan Kemerdekaan Malaya di Stadium Merdeka. Dengan itu, negara ini menempa nama sebagai salah sebuah negara yang berjaya memenangi kemerdekaannya secara aman, berpandukan proses politik yang aman. Dengan kemerdekaan ini, parti Perikatan telah diberi mandat untuk menubuhkan kerjaaan yang pertama, diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri yang pertama. Beliau kemudiannya melantik Menteri-Menteri Kabinet yang terdiri daripada para pemimpin yang berbilang kaum di Malaya.
Secara beransur-ansur, pakatan politik yang terdiri dari pelbagai parti ini dikenali secara rasminya sebagai BARISAN NASIONAL (BN), dan didaftar secara rasminya pada 1 Julai 1974. Kini BN terdiri daripada 14 buah parti termasuk UMNO, MCA serta MIC. Dengan kepercayaan tekal kepada kesaksamaan hak, keadilan BN tercermin oleh jumlah wakil yang sama dari setiap parti komponen di dalam Majlis Tertinggi BN – tiga bagi setiap parti – tanpa mengira saiz atau jumlah ahli parti-parti tersebut. President bagi setiap parti komponen memegang jawatan Naib Pengerusi, kecuali Presiden UMNO yang menyandang jawatan Pengerusi. Setiap keputusan yang diambil oleh Majlis Tertinggi BN, iaitu forum parti yang tertinggi sekali, dicapai menerusi persetujuan semua. Tanpa persetujuan mutlak dalam hal-hal seperti manifesto parti, keahlian parti komponen, atau isu-isu lain yang sensitif, keputusan akhir tidak akan tercapai. Inilah antara ciri-ciri unik parti BN yang menjadikannya sebuah jentera yang lebih gagah, berkesan serta praktikal bagi perjuangan di Malaysia.

Sejak Pilihanraya Umum 1955, BN terus menerima sokongan serta kepercayaan rakyat negara baru pada waktu itu. Pada tahun 1974, ianya memenangi 135 daripada 154 kerusi yang dipertandingkan; pada Pilihanraya Umum 1978 ianya memenangi 130 daripada 154 kerusi; pada Pilihanraya tahun 1986 ianya merangkul 148 daripada 177 kerusi; dan pada Pilihanraya tahun 1990, ianya memenangi 127 daripada 180 kerusi yang dipertandingkan. Rakyat terus menerus memberikan sokongan padu menghasilkan kemenangan majoriti lebih dari dua pertiga kepada BN, membolehkan parti ini meneruskan rekod kemenangannya sejak tahun 1955. Dengan kestabilan politik ini negara dianugerahkan kestabilan ekonomi serta pembangunan yang berterusan sepanjang 50 tahun di bawah kerajaan pimpinan BN.



Sejarah UMNO

Semangat ingin bebas penduduk daerah Besut daripada penjajah Inggeris dibangkitkan oleh para pejuang ‘Persatuan Melayu Besut’ yang wujud selepas perang dunia kedua. Persatuan ini mendapat sokongan moral daripada Tengku Lela Segara (Tengku Sulong bin Tengku Ali) Pesuruhjaya Daerah Besut.

Apabila Encik Kamaruddin bin Hj Idris menjadi Pegawai Daerah Besut ke-11 pada tahun 1947, semangat itu terus berkobar-kobar. Antara anak tempatan yang memberi sokongan kuat terhadap pimpinan persatuan itu ialah Ismail Yusof ( Tuk Cik Semail ), Ibrahim Ahmad, Wan Sulaiman Ismail, Ibrahim Janggut dan Wan Jusoh Wan Teh.

Pada tahun 1947 itu, dalam perjalanan pulang dari Kelantan, Pemimpin UMNO Dato’ Onn bin Jaafar menerima jemputan pemimpin Melayu Besut untuk mengadakan pertemuan dengan pejuang-pejuang negara di Besut. Pertemuan dengan pemimpin agung itu diadakan dirumah Tengku Lela Segara di Kampung Raja. Kemudian Dato’ Onn memberi ucapan di satu rapat rakyat di satu kawasan lapang (bekas pasar lama Kampung Raja). Maka hasil daripada kehadiran Dato’ Onn, tertubuhlah UMNO di Kampung Raja, Besut.

Bagaimanapun,pimpinan UMNO ini yang juga Pegawai Tinggi Kerajaan yang mendapat tekanan daripada Pegawai Inggeris yang bertugas di situ iaitu T.M. Edye. Beliau memberi amaran keras kepada Pegawai Kerajaan agar tidak melibatkan diri dalam politik. Akibatnya Tengku Lela Segara terpaksa berundur meminpin UMNO Kampung Raja. Pimpinan itu diambil alih oleh Abdul Aziz Hussein .

Pada tahun 1953, UMNO Kampung Raja diketuai oleh Daud Dahalan yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah. Beliau juga mendapat tekanan dan terpaksa berundur juga. Hasilnya muncullah seorang guru pelawat yang bertugas di pejabat di Pejabat Kadi Besut iaitu Ustaz Yusof Manaf.
Seperti daerah lain, rakyat besut juga sudah dihadapkan pilihanraya pada 1954. Oleh kerana tidak ada parti yang kuat, maka calon calon UMNO Abdul Aziz Hussein, Zainal Abidin Mohd Amin telah menwaskan lawan masing-masing. Zainal Abidin menang tanpa bertanding. Turut menang kemudiannya ialah Abu Bakar Ahmad.

Cawangan UMNO di daerah Besut yang mempunyai bilangan yang sedikit itu diletakkan di bawah UMNO Bahagian Kuala Terengganu mulai 1951. Oleh kerana kedudukan yang jauh, banyak masalah parti yang tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Menubuhkan sebuah bahagian memerlukan Cawangan UMNO yang yang sekiranya layak atau boleh diiktiraf sebagai besar.
Dalam hubungan ini, Ustaz Mohd. Yusof Manaf sekali lagi memainkan peranan penting. Kemudian UMNO negeri mengirimkan seorang pemuda Hussein Sulaiman menguruskan penubuhannya itu pada 31 Ogos 1958. Dalam mesyuarat penubuhannya, barisan jawatankuasa adalah seperti berikut:
Jawatankuasa terdiri daripada :Tuan Rogayah Idrus, Che Mahmud Muda, Haji Wan Abdul Latif dan Omar Abdullah.
Pada peringkat awal penubuhan UMNO Bahagian mempunyai lima cawangan sahaja iaitu Cawangan Kampung Raja diketuai oleh Abu Bakar Ahmad disamping barisan pemimpin lain ialah Wan Ismail Ali Wan Ishak Ali dan Ismail Mudh Yusof.UMNO Cawangan Jertih pula diketuai oleh Jusoh bin Abdul Hamid (Haji) dengan barisan pemimpin lain terdiri daripada Haji Wan Abdul Latif bin Abdul Kadir, Jabir Ahmad Shah, Mohd. Nasir Mohd Nor, Haji Awang Abdullah, Mohd. Nor Hussein dan Abdul Wahab Abdul Rahman sebagai Ketua Pemuda.
Cawangan Pasir Akar pula diketuai oleh Hussein Mat Saman dengan barisan pemimpin yang lain ialah Idris Abdullah, Omar Abdullah, Dato Abu Bakar Ahmad Nik Abdul Salam Kasim, Abdul Rahman Hussein dan Ismail Abdul Rahman selaku Ketua Pemuda. Manakala Cawangan Kuala Besut pula dipimpin oleh Abdul Razak Mohd Jaya dengan barisan pemimpin tertingginya terdiri daripada Ibrahim Ahmad, Hussein Sulaiman (memangku) , Hamzah Muhammad, Salleh Jaafar dan ketua Pemudanya, Che Ali Awang. Sebuah cawangan dari Setiu iaitu Cawangan Calok dimasukkan ke dalam bahagian Besut ini.

Pada peringkat awal UMNO bahagian ini tidak begitu stabil. Unsur tidak puas hati dan ingin jatuh menjatuh sudah menular. Di peringkat ini Pas sudah masuk dan berjaya menubuhkan beberapa ranting. Kemasukan dan penyerapan itu diselenggarakan oleh pemimpin mereka dari Kelantan.
Ketika UMNO Bahagian masih belum mantap, ketua Bahagian terpaksa meletakkan jawatan sebagai Pegawai kerajaan , beliau ditukarkan ke Kuala Terengganu. Ahli UMNO Besut tidak boleh membiarkan bahagian terumbang ambing . Dengan itu , Ketua Penerangannya Abu Bakar Ahmad memangku jawatan tersebut.
Dalam keadaan yang tidak kuat inilah, pilihanraya pertama peringkat negeri dilangsungkan setahun kemudian. Ketika itu PAS sudah memperkuatkan jenteranya. Pemimpin besar mereka Dr. Burhanudin Hilmy memilih kerusi parlimen Besut dalam pilihanraya umum 1959 ini. Semua calon UMNO yang bertanding Dewan Negeri iaitu Abu Bakar Ahmad (Kuala Besut) Wan Ishak Ali ( kampung Raja) Zainal Abudin Muhd Amin ( Hulu Besut) Ismail Yusof ( Besut Tengah) dan Mohd Yusof Mohd Amin (Setiu)

Mengalami kekalhan teruk kepada calon calon PAS. Undi yang diperolehi oleh calon PAS jauh mengatasi undi calon UMNO sehingga 3-4 kali ganda. Malah undi yang dimenangi oleh calon PRSM di Kuala Besut dan Hulu Besut mengatasi undi calon UMNO.

Dalam pilihanraya umum 1964, UMNO masih tidak dapat menumpaskan calon PAS di Hulu Besut dan Besut Tengah. Bagaimana pun UMNO kembali pulih di dua kerusi tersebut dalam pilihanraya 1969 tetapi terlepas pula kerusi Kuala Besut. Namun sepanjang tahun 1974 sehingga 1986 yang melibatkan empat kali pilihanraya umum, PAS yang bercita-cita menumpaskan BN tidak berdaya berbuat demikian. Rakyat Besut tidak terikat atau terbias dengan citarasa orang orang Kelantan.





Sejarah MCA (Malaysia Chinese Association)


Malaysian Chinese Association 马来西亚华人公会 adalah sebuah partai politik Malaysia dan termasuk tiga partai terbesar di Barisan Nasional. MCA bersama UMNO dan MIC memiliki pengaruh yang besar dalam politik. MCA, melalui perusahaan Huaren Holding, menerbitkan dua koran utama yang terbit di Malaysia iaitu The Star, koran berbahasa Inggris dan Sin Chew Jit Poh, sebuah koran utama berbahasa Mandarin di Malaysia. Partai ini dibentuk pada tanggal 27 Februari 1949. Presiden MCA sekarang adalah Datuk Seri Ong Tee Keat.







PENCAPAIAN BARISAN NASIONAL
SATU-SATUNYA PARTI YANG ADIL DAN SAKSAMA, BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN SEMUA RAKYAT DAN BERUSAHA UNTUK MENYATUPADUKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA DIBAWAH SATU NEGARA YANG AMAN DAN MAKMUR.


































No comments:

Post a Comment