Tuesday, April 28, 2009

Perkahwinan Melayu

Pengenalan
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.

Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.
Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Cincin belah rotan
Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Akad Nikah
Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Akad nikah sedang dijalankan
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau�.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak �..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.

Majlis Perkahwinan
Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur.
Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.


Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini.
Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.

Seterusnya, majlis makan berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.
Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.
Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.
Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.

Monday, April 20, 2009

Saturday, April 18, 2009

Nicol Ann David



Latar Belakang

Datuk Nicol Ann David (23 Ogos 1983) ialah seorang pemain skuasy Malaysia dan merupakan pemain skuasy wanita Nombor 1 dunia sekarang, dan juara (mulai 2005) "Terbuka British" dan "Kejohanan Dunia". Beliau ialah orang Asia pertama memenangi gelaran itu.
Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol ialah anak perempuan kepada Desmond David dan Ann Marie David. Ayahnya seorang jurutera manakala ibunya seorang guru. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik lain yang bernama Liane dan Cheryl.
Nicol juga satu-satunya pemain skuasy yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Nicol berlatih di Amsterdam, Belanda selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2000, dan mendapat 9A. Beliau juga menjuarai Kejohanan Skuasy Asia sebanyak lima kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006). Pada 4 Disember 2005, beliau menewaskan Rachael Grinham dari Australia untuk menjadi juara termuda yang memenangi Kejohanan Dunia.
Nicol memenangi Terbuka Dunia 2006 di Belfast mengalahkan Natalie Grinham dari Australia 1-9, 9-7, 3-9, 9-5, 9-2 dalam masa 95 minit. Pada hari sebelumnya Nicol telah mengalahkan Rachael Grinham dengan 9-7, 9-1, 9-1 dalam masa 46 minit.
Nicol menjadi penerima pertama anugerah Darjah Bakti (D.B) di Malaysia sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Jun 2008.

Pencapaian Beliau

- Juara Terbuka Hong Kong 2006
- Juara Terbuka British 2006
- Cabaran Qatar Airways 2006
- Juara Terbuka Malaysia 2006
- Juara Terbuka Dunia 2006

Pemain Badminton Malaysia yang Terkenal - Datuk Lee Chong Wei




Latar Belakang



Datuk Lee Chong Wei seorang pemain badminton professional dari Malaysia. Beliau merupakan pemenang pingat perak bagi acara perseorangan lelaki dalam Sukan Olimpik 2008, mengakhiri kemarau pingat kontinjen Malaysia di Olimpik sejak 1996, dan Najib Tun Razak menganggap beliau sebagai hero nasional melalui kejayaan beliau dalam temasya itu.



Datuk Lee Chong Wei telah bermain badminton di Sukan Olimpik 2004 bagi perseorangan lelaki dengan menewaskan Ng Wei dari Hong Kong pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, Chong tewas kepada pemain dari Republik Rakyat China, Chen Hong. Lee Chong Wei tidak pernah tewas dalam Terbuka Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut dimenanginya. Pada tahun 2005, buat pertama kalinya Lee bermain dalam kejohanan bertaraf 5 bintang iaitu Terbuka Danish. Beliau berjaya menjuarai terbuka Malaysia dan memungut pingat gangsa dalam kejohanan dunia. Kemuncak kariernya ialah pada tahun 2006 dimana ketika beliau berjaya merangkul gelaran ranking nombor satu dunia. Pesaing utama Lee Chong Wei ialah Lin Dan, Taufik Hidayat, Bao Chunlai, Sony Dwi Kuncoro dan Peter Gade.



Pencapaian Beliau




2006: Juara perseorangan Terbuka Denmark; Juara perseorangan Terbuka Malaysia; Separuh akhir Kejohahan Badminton Dunia di Anaheim
2004: Juara perseorangan Kejohanan Badminton Asia (ABC); juara perseorangan lelaki dan acara berpasukan campuran Sukan Komanwel; Juara Terbuka Switzerland
2005: Juara Terbuka Malaysia; Juara Terbuka Taiwan; Naib Juara Terbuka Singapura; Suku Akhir Terbuka Indonesia; Suku Akhir Terbuka Korea; Suku Akhir Terbuka Thailand; Pusingan Awal Olimpik Athens; Pusingan Awal Terbuka China; Pusingan Awal Kejuaraan Asia; Pusingan Awal Terbuka Jepun; Perlawanan Akhir Piala Thomas
2003: Juara Satelit Luster Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka China, Naib juara Satelit India; Suku akhir Terbuka Denmark, Separuh akhir Terbuka Belanda; Naib juara Terbuka Malaysia; Pusingan ketiga Terbuka Indonesia; Pusingan kedua Terbuka Singapura
Juara Komanwel 1998
Menduduki ranking nombor satu dunia selepas mengetepikan Lin Dan pada 24 Ogos 2008.



Anugerah


Olahragawan Kebangsaan 2005
Menerima gelaran Datuk (Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dari Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008 selepas berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Sea Beijing 2008.
Pemain badminton nombor satu dunia selepas menewaskan Lin Dan.

Khidmat Negara

PENGENALAN KEPADA JLKN

Jabatan Latihan Khidmat Negara merupakan jabatan yang ditubuhkan untuk merancang, melaksana dan memantau serta menilai Program Latihan Khidmat Negara sejajar dengan keputusan Kabinet dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang diberi kuasa kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk mengendali Program Latihan kepada setiap remaja yang berumur 18 tahun. Jabatan ini beroperasi pada 15 Oktober 2003.
LATAR BELAKANG
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Khidmat Negara. Kumpulan sasar yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004. Adalah dianggarkan terdapat seramai 450,000 orang golongan remaja dalam lingkungan usia ini untuk menyertai Program Khidmat Negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan tidak mengcukupi, maka buat permulaan dianggarkan hanya seramai 84,000 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.
FUNGSI JLKN

- Menggubal dasar dan peraturan-peraturan mengenai perlaksanaan Program Khidmat Negara.
- Menguruskan penubuhan Majlis Khidmat Negara, pelantikan, kemudahan dan faedah untuk ahli majlis sepertimana yang ditetapkan dalam akta Khidmat Negara .
- Menyediakan kurikulum program yang akan dilaksanakan berdasarkan kepada komponen yang ditetapkan.
- Merancang penyediaan kemudahan-kemudahan, infrastruktur, keperluan logistik, peralatan-peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk pelaksanaan Program Khidmat Negara.
- Merangka system maklumat yang diperlukan bagi menyimpan rekod-rekod semua warga negara yang berumur 18 tahun pada tahun program latihan dilaksanakan.
- Mengkaji dan mencadangkan kaedah pemilihan peserta.
- Memantau, mengkaji, menilai dan menyediakan laporan keberkesanan pelaksanaan Program Khidmat Negara.
- Membentuk remaja yang mempunyai sifat jati diri dan semangat patriotisme dan cintakan negara.
- Merealisasikan hasrat negara untuk memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
- Membentuk perwatakan positif kepada remaja menerusi nilai-nilai murni dalam Program Latihan Khidmat Negara.
- Menyediakan Program Latihan Khidmat Negara terancang dengan penyediaan keperluan yang berkesan kearah mencapai matlamat dasar Latihan Khidmat Negara.
Carta Organisasi


Gambar-gambar semasa menjalankan latihan fizikal


Monday, March 23, 2009

Bidang Ekonomi Malaysia - Sektor Pelancongan

Kota A - Famosa di Melaka - Warisan Dunia







Pulau Langkawi di Kedah :-


Simbol Pulau Langkawi

Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada destinasi utama industri pelancongan di Negeri Kedah. Langkawi banyak memaparkan keindahan semulajadi flora dan faunanya yang jauh dari kesibukan kota metropolitan.
Merangkumi 104 pulau-pulau kecil dan merupakan pulau yang terbesar di antara pulau-pulau tersebut. Terletak di utara Semenanjung Malaysia di antara garis lintang 6o10'U ~ 6o30'U dan garis bujur 99o35'T ~ 100'T dengan keluasan 520 km/per (32,180 hektar). Iklimnya merupakan iklim panas Tropika dengan purata suhu sepanjang tahun 24oC ~ 33oC. Jaraknya daripada Pulau Pinang 109 km, Kuala Kedah 51.5 km dan Kuala Perlis 30 km. Di bahagikan kepada 6 buah mukim iaitu Kuah, Padang Matsirat, Ayer Hangat, Bohor, Ulu Melaka dan Kedawang.
Di antara gugusan beratus buah pulau itu hanya dua buah pulau sahaja yang didiami orang iaitu Pulau Langkawi dan Pulau Tuba. Kawasan yang mempunyai bilangan penduduk ramai ialah Pekan Kuah, Padang Matsirat dan Padang Lalang. Jumlah penduduk Langkawi pada tahun 1995 dianggarkan seramai 54,000 orang dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 75,000 orang menjelang tahun 2000. Walau bagaimanapun penduduk Langkawi masih bergantung kepada penanaman padi dan getah serta kegiatan perikanan.
Pintu masuk utama ke Pulau Langkawi melalui Jeti Kuah ialah sama ada melalui Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang. Bagi pelawat yang menggunakan pengangkutan udara daripada Kuala Lumpur, Penang dan Singapura, Langkawi telah menyediakan pelbagai kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman web Pulau Langkawi.

Bidang Ekonomi Malaysia





Proton Malaysia

PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada
7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

  • Pemegang saham terdiri daripada:
    Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
    Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
    Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)


    Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:
  • Proton Arena
  • Proton Gen-2
  • Proton Iswara
  • Proton Juara
  • Proton Persona
  • Proton Perdana
  • Proton Pert
  • Proton Putra
  • Proton Saga
  • Proton Satria
  • Proton Savvy
  • Proton Tiara
  • Proton Waja
  • Proton Wira





Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.







Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur( Kuala Lumpur International Airport; KLIA) merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Dibina dengan kos mencecah AS$ 3.5 bilion, KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.

Lapangan terbang ini diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan merupakan hab utama bagi Malaysia Airlines, MASkargo, AirAsia dan AirAsia X. KLIA juga merupakan perhentian untuk "Laluan Kanggaru" bagi Malaysia Airlines. Slogan lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" (Bringing the World to Malaysia and Malaysia to the World).

Kod IATA untuk lapangan terbang ini, KUL sebenarnya diambil daripada lapangan terbang utama Malaysia yang terdahulu, Lapangan Terbang Subang.
Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
KLIA mempunyai satu Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) yang mula beroperasi pada 26 Mac 2006 bagi menampung penumpang yang menaiki AirAsia dan juga penerbangan tambang rendah yang lain.

KLIA juga telah dianugerahkan sebagai " THE BEST AIRPORT IN THE WORLD"

Bidang Politik Malaysia



Sejarah Barisan Nasional

Barisan Nasional merupakan salah sebuah parti politik pakatan yang paling berjaya di rantau ini. Sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957, parti ini telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara ini tanpa diganti.

Barisan Nasional mewarisi amanah kepercayaan serta tradisi yang dirintis oleh PERIKATAN, iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu bagi memperjuangkan agenda Kemerdekaan negara dari pihak British. Parti politik ini diterajui oleh Tunku Abdul Rahman Putra, bersama Tun Tan Cheng Lock serta Tun Sambanthan, dengan gabungan parti UMNO, MCA serta MIC.

Parti Perikatan, yang kemudiannya dikenali sebagai parti Barisan Nasional, adalah satu formula politik yang unik bagi Malaysia. Ianya adalah satu formula yang telah berjaya menyatukan penduduk yang berbilang agama, budaya serta bangsa, untuk mencipta sebuah negara yang gagah, berjaya dan berwawasan.
Dengan tertubuhnya parti Perikatan, kaum Melayu, Cina serta India telah mengenepikan kepentingan kaum semata-mata, bagi memperjuangkan sebuah matlamat yang dikongsi bersama – iaitu Kemerdekaan dari pihak British. Berikutan kejayaan di pilihanraya kecil pada tahun 1952, parti Perikatan telah terus mencapai kejayaan demi kejayaan dengan sokongan padu rakyat. Akhirnya, parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya Umum yang diadakan pada 27 Julai 1955.. Seterusnya, parti Perikatan meraih 72 daripada 104 buah kerusi yang dipertandingkan sewaktu Pilihanraya 1959. Begitu juga pada tahun1964, parti Perikatan telah memperkukuhkan lagi kejayaannya (89 daripada 104) dan seterusnya pada Pilihanraya Umum pada tahun 1969 (74 daripada 144 kerusi).


Matlamat unggul rakyat akhirnya tercapai pada malam 30 Ogos 1957, apabila bendera Union Jack akhirnya diturunkan, dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan buat pertama kali di Padang Kelab Selangor, sebagai symbol Kemerdekaan rakyat Malaya. Keesonkan harinya, lahirlah sebuah negara baru apabila Tunku Abdul Rahman melaungkan Kemerdekaan Malaya di Stadium Merdeka. Dengan itu, negara ini menempa nama sebagai salah sebuah negara yang berjaya memenangi kemerdekaannya secara aman, berpandukan proses politik yang aman. Dengan kemerdekaan ini, parti Perikatan telah diberi mandat untuk menubuhkan kerjaaan yang pertama, diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri yang pertama. Beliau kemudiannya melantik Menteri-Menteri Kabinet yang terdiri daripada para pemimpin yang berbilang kaum di Malaya.
Secara beransur-ansur, pakatan politik yang terdiri dari pelbagai parti ini dikenali secara rasminya sebagai BARISAN NASIONAL (BN), dan didaftar secara rasminya pada 1 Julai 1974. Kini BN terdiri daripada 14 buah parti termasuk UMNO, MCA serta MIC. Dengan kepercayaan tekal kepada kesaksamaan hak, keadilan BN tercermin oleh jumlah wakil yang sama dari setiap parti komponen di dalam Majlis Tertinggi BN – tiga bagi setiap parti – tanpa mengira saiz atau jumlah ahli parti-parti tersebut. President bagi setiap parti komponen memegang jawatan Naib Pengerusi, kecuali Presiden UMNO yang menyandang jawatan Pengerusi. Setiap keputusan yang diambil oleh Majlis Tertinggi BN, iaitu forum parti yang tertinggi sekali, dicapai menerusi persetujuan semua. Tanpa persetujuan mutlak dalam hal-hal seperti manifesto parti, keahlian parti komponen, atau isu-isu lain yang sensitif, keputusan akhir tidak akan tercapai. Inilah antara ciri-ciri unik parti BN yang menjadikannya sebuah jentera yang lebih gagah, berkesan serta praktikal bagi perjuangan di Malaysia.

Sejak Pilihanraya Umum 1955, BN terus menerima sokongan serta kepercayaan rakyat negara baru pada waktu itu. Pada tahun 1974, ianya memenangi 135 daripada 154 kerusi yang dipertandingkan; pada Pilihanraya Umum 1978 ianya memenangi 130 daripada 154 kerusi; pada Pilihanraya tahun 1986 ianya merangkul 148 daripada 177 kerusi; dan pada Pilihanraya tahun 1990, ianya memenangi 127 daripada 180 kerusi yang dipertandingkan. Rakyat terus menerus memberikan sokongan padu menghasilkan kemenangan majoriti lebih dari dua pertiga kepada BN, membolehkan parti ini meneruskan rekod kemenangannya sejak tahun 1955. Dengan kestabilan politik ini negara dianugerahkan kestabilan ekonomi serta pembangunan yang berterusan sepanjang 50 tahun di bawah kerajaan pimpinan BN.



Sejarah UMNO

Semangat ingin bebas penduduk daerah Besut daripada penjajah Inggeris dibangkitkan oleh para pejuang ‘Persatuan Melayu Besut’ yang wujud selepas perang dunia kedua. Persatuan ini mendapat sokongan moral daripada Tengku Lela Segara (Tengku Sulong bin Tengku Ali) Pesuruhjaya Daerah Besut.

Apabila Encik Kamaruddin bin Hj Idris menjadi Pegawai Daerah Besut ke-11 pada tahun 1947, semangat itu terus berkobar-kobar. Antara anak tempatan yang memberi sokongan kuat terhadap pimpinan persatuan itu ialah Ismail Yusof ( Tuk Cik Semail ), Ibrahim Ahmad, Wan Sulaiman Ismail, Ibrahim Janggut dan Wan Jusoh Wan Teh.

Pada tahun 1947 itu, dalam perjalanan pulang dari Kelantan, Pemimpin UMNO Dato’ Onn bin Jaafar menerima jemputan pemimpin Melayu Besut untuk mengadakan pertemuan dengan pejuang-pejuang negara di Besut. Pertemuan dengan pemimpin agung itu diadakan dirumah Tengku Lela Segara di Kampung Raja. Kemudian Dato’ Onn memberi ucapan di satu rapat rakyat di satu kawasan lapang (bekas pasar lama Kampung Raja). Maka hasil daripada kehadiran Dato’ Onn, tertubuhlah UMNO di Kampung Raja, Besut.

Bagaimanapun,pimpinan UMNO ini yang juga Pegawai Tinggi Kerajaan yang mendapat tekanan daripada Pegawai Inggeris yang bertugas di situ iaitu T.M. Edye. Beliau memberi amaran keras kepada Pegawai Kerajaan agar tidak melibatkan diri dalam politik. Akibatnya Tengku Lela Segara terpaksa berundur meminpin UMNO Kampung Raja. Pimpinan itu diambil alih oleh Abdul Aziz Hussein .

Pada tahun 1953, UMNO Kampung Raja diketuai oleh Daud Dahalan yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah. Beliau juga mendapat tekanan dan terpaksa berundur juga. Hasilnya muncullah seorang guru pelawat yang bertugas di pejabat di Pejabat Kadi Besut iaitu Ustaz Yusof Manaf.
Seperti daerah lain, rakyat besut juga sudah dihadapkan pilihanraya pada 1954. Oleh kerana tidak ada parti yang kuat, maka calon calon UMNO Abdul Aziz Hussein, Zainal Abidin Mohd Amin telah menwaskan lawan masing-masing. Zainal Abidin menang tanpa bertanding. Turut menang kemudiannya ialah Abu Bakar Ahmad.

Cawangan UMNO di daerah Besut yang mempunyai bilangan yang sedikit itu diletakkan di bawah UMNO Bahagian Kuala Terengganu mulai 1951. Oleh kerana kedudukan yang jauh, banyak masalah parti yang tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Menubuhkan sebuah bahagian memerlukan Cawangan UMNO yang yang sekiranya layak atau boleh diiktiraf sebagai besar.
Dalam hubungan ini, Ustaz Mohd. Yusof Manaf sekali lagi memainkan peranan penting. Kemudian UMNO negeri mengirimkan seorang pemuda Hussein Sulaiman menguruskan penubuhannya itu pada 31 Ogos 1958. Dalam mesyuarat penubuhannya, barisan jawatankuasa adalah seperti berikut:
Jawatankuasa terdiri daripada :Tuan Rogayah Idrus, Che Mahmud Muda, Haji Wan Abdul Latif dan Omar Abdullah.
Pada peringkat awal penubuhan UMNO Bahagian mempunyai lima cawangan sahaja iaitu Cawangan Kampung Raja diketuai oleh Abu Bakar Ahmad disamping barisan pemimpin lain ialah Wan Ismail Ali Wan Ishak Ali dan Ismail Mudh Yusof.UMNO Cawangan Jertih pula diketuai oleh Jusoh bin Abdul Hamid (Haji) dengan barisan pemimpin lain terdiri daripada Haji Wan Abdul Latif bin Abdul Kadir, Jabir Ahmad Shah, Mohd. Nasir Mohd Nor, Haji Awang Abdullah, Mohd. Nor Hussein dan Abdul Wahab Abdul Rahman sebagai Ketua Pemuda.
Cawangan Pasir Akar pula diketuai oleh Hussein Mat Saman dengan barisan pemimpin yang lain ialah Idris Abdullah, Omar Abdullah, Dato Abu Bakar Ahmad Nik Abdul Salam Kasim, Abdul Rahman Hussein dan Ismail Abdul Rahman selaku Ketua Pemuda. Manakala Cawangan Kuala Besut pula dipimpin oleh Abdul Razak Mohd Jaya dengan barisan pemimpin tertingginya terdiri daripada Ibrahim Ahmad, Hussein Sulaiman (memangku) , Hamzah Muhammad, Salleh Jaafar dan ketua Pemudanya, Che Ali Awang. Sebuah cawangan dari Setiu iaitu Cawangan Calok dimasukkan ke dalam bahagian Besut ini.

Pada peringkat awal UMNO bahagian ini tidak begitu stabil. Unsur tidak puas hati dan ingin jatuh menjatuh sudah menular. Di peringkat ini Pas sudah masuk dan berjaya menubuhkan beberapa ranting. Kemasukan dan penyerapan itu diselenggarakan oleh pemimpin mereka dari Kelantan.
Ketika UMNO Bahagian masih belum mantap, ketua Bahagian terpaksa meletakkan jawatan sebagai Pegawai kerajaan , beliau ditukarkan ke Kuala Terengganu. Ahli UMNO Besut tidak boleh membiarkan bahagian terumbang ambing . Dengan itu , Ketua Penerangannya Abu Bakar Ahmad memangku jawatan tersebut.
Dalam keadaan yang tidak kuat inilah, pilihanraya pertama peringkat negeri dilangsungkan setahun kemudian. Ketika itu PAS sudah memperkuatkan jenteranya. Pemimpin besar mereka Dr. Burhanudin Hilmy memilih kerusi parlimen Besut dalam pilihanraya umum 1959 ini. Semua calon UMNO yang bertanding Dewan Negeri iaitu Abu Bakar Ahmad (Kuala Besut) Wan Ishak Ali ( kampung Raja) Zainal Abudin Muhd Amin ( Hulu Besut) Ismail Yusof ( Besut Tengah) dan Mohd Yusof Mohd Amin (Setiu)

Mengalami kekalhan teruk kepada calon calon PAS. Undi yang diperolehi oleh calon PAS jauh mengatasi undi calon UMNO sehingga 3-4 kali ganda. Malah undi yang dimenangi oleh calon PRSM di Kuala Besut dan Hulu Besut mengatasi undi calon UMNO.

Dalam pilihanraya umum 1964, UMNO masih tidak dapat menumpaskan calon PAS di Hulu Besut dan Besut Tengah. Bagaimana pun UMNO kembali pulih di dua kerusi tersebut dalam pilihanraya 1969 tetapi terlepas pula kerusi Kuala Besut. Namun sepanjang tahun 1974 sehingga 1986 yang melibatkan empat kali pilihanraya umum, PAS yang bercita-cita menumpaskan BN tidak berdaya berbuat demikian. Rakyat Besut tidak terikat atau terbias dengan citarasa orang orang Kelantan.





Sejarah MCA (Malaysia Chinese Association)


Malaysian Chinese Association 马来西亚华人公会 adalah sebuah partai politik Malaysia dan termasuk tiga partai terbesar di Barisan Nasional. MCA bersama UMNO dan MIC memiliki pengaruh yang besar dalam politik. MCA, melalui perusahaan Huaren Holding, menerbitkan dua koran utama yang terbit di Malaysia iaitu The Star, koran berbahasa Inggris dan Sin Chew Jit Poh, sebuah koran utama berbahasa Mandarin di Malaysia. Partai ini dibentuk pada tanggal 27 Februari 1949. Presiden MCA sekarang adalah Datuk Seri Ong Tee Keat.







PENCAPAIAN BARISAN NASIONAL
SATU-SATUNYA PARTI YANG ADIL DAN SAKSAMA, BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN SEMUA RAKYAT DAN BERUSAHA UNTUK MENYATUPADUKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA DIBAWAH SATU NEGARA YANG AMAN DAN MAKMUR.


































Tuesday, January 6, 2009

Nama Kumpulan


Nama ahli kumpulan :
Wong Fhu Hin


Lim Shi Liang


Chung Yee Yong


Edwin Lai Yeong Chang








5 sc 2

Pn Lam Paw Lian
Smk Gajah Berang Melaka